Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin berkata, langkah itu perlu dilakukan menerusi kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Virus itu telah menjangkiti sebahagian pegawai berkenaan akibat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Sudah sampailah masanya JPA dan SPA bekerjasama dengan kerajaan membuang virus ini supaya cabang eksekutif dan pentadbiran boleh berganding bahu berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata," katanya dalam catatan dalam blog beliau, kadirjasin.blogspot.com, semalam.

Jelas A. Kadir, terdapat saki-baki pegawai tinggi lantikan itu masih setia dengan kerajaan lama atau terikut-ikut cara dahulu.

Kata beliau, keadaan itu secara langsung atau tidak langsung pegawai lantikan berkenaan bersekongkol sabotaj kerajaan PH bagi mengekalkan jawatan masing-masing.

"Mereka tahu hanya cara itu boleh melindungi dan merahsiakan keterlibatan masa lampau mereka, walaupun pada dasarnya, perkhidmatan awam adalah berkecuali dan setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya. - UTUSAN ONLINE