Kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu menyebabkan semua laluan di lokasi kejadian terhalang.

Difahamkan, treler yang membawa muatan batang besi itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Susulan itu, aliran lalu lintas dilencongkan sementara ke susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya sebagai laluan alternatif untuk semua jenis kenderaan.

Kesesakan dilaporkan berlaku kira-kira satu kilometer di laluan berkenaan.-UTUSAN ONLINE