Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, seorang mangsa dilaporkan cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sembilan kenderaan dan terdapat dua mangsa cedera. Ambulans turut berada di lokasi,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan Rawang. - UTUSAN ONLINE