Kebakaran di kilang penyimpanan plastik itu masih berterusan sehingga kini dan seramai 45 anggota bomba dan 22 bomba sukarelawan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman api.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku kerana semasa kebakaran semua yang berada dalam kilang sempat menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahya Madis berkata, kira-kira 80 peratus daripada bahagian kilang tersebut sudah terbakar.

Pihaknya menggunakan 29 tong mengandungi buih padam kebakaran (FOAM) untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.

 

"Kita anggarkan masa untuk padam keseluruhan kebakaran kira-kira 10 jam. Kerja-kerja memadam kebakaran bermula pukul 5 petang tadi dan dijangka tamat pukul 3 pagi ini.

"Ketika ini kerja-kerja pemadaman masih dilakukan, selain bomba dari Kulai, Skudai, Tebrau dan Pasir Gudang, pihak polis juga terlibat membantu," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE