Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi tadi ketika van jenis Toyota dengan nombor pendaftaran Thailand itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Thailand.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian ini berlaku semasa van yang dipandu seorang lelaki warga Thailand tiba di lokasi sebelum seekor kerbau melintas secara tiba-tiba.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu van dan dua penumpang wanita cedera di bahagian kaki.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE