Menurut Wisma Putra, selain Zambalas, gegaran kuat itu turut dirasai di beberapa kawasan lain termasuk Manila, Bulacan, Batangas, Bataan, Pampanga, Baquio City, Cabanatuan City, Palayan City, Gapan City, Santo Domingo dan Talavera, Nueva Ecija Baler, Aurora

“Setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi itu,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wisma Putra sehubungan itu menasihatkan rakyat Malaysia di Filipina, pelawat atau yang tinggal di wilayah terjejas supaya berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila di alamat 107, Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati City, 1227 Philippines atau hubungi talian +63 2 662 8200, +63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau e-mel mwmanila@kln.gov.my.

Jelasnya, pihak kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Manila turut berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pertembangan terkini situasi di sana. - UTUSAN ONLINE