Dalam kejadian kira-kira pukul 9.52 pagi itu memusnahkan 80 peratus tempat penyimpanan barang kitar semula yang tidak berbumbung dan berkonsepkan tempat simpanan terbuka.


Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pasukan penyelamat dengan kekuatan 44 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pelabuhan Klang, Sungai Pinang dan Banting dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.


Katanya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.12 pagi dan mendapati premis tersebut sedang terbakar dan kelihatan asap tebal berwarna hitam.


“Mengikut keterangan awal saksi yang merupakan pengawal di tempat simpanan kitar semula tersebut mengatakan bahawa kebakaran telah berlaku selama 30 minit sebelum bertindak menghubungi pasukan bomba.


“Namun, ketika kejadian tiada sesiapa di premis tersebut kerana pengawal keselamatan terbabit keluar seketika. Kita berjaya memadamkan kebakaran, namun mengalami kesukaran dalam proses pemadaman kerana ketiadaan punca air.


“Kita hanya mendapat punca bekalan air dari Taman Armada Putra yang agak jauh dari lokasi kejadian selain dibantu oleh Water Tanker dari Balai Bomba Penyelamat Subang dan Serdang,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.


Difahamkan, tempat penyimpanan barang kitar semula tersebut dimiliki oleh seorang lelaki dari negara China dan kawasan itu disewakan oleh warga tempatan.-UTUSAN ONLINE