Difahamkan, tulang tersebut ditemukan berhampiran kawasan Gua Kandu di sini kira-kira pukul 1.30 petang semalam sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Menurut sumber, tulang itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan kini menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada tulang manusia atau sebaliknya.

“Maklumat itu daripada orang awam yang mencari. Tidak tahu sama ada tulang itu milik haiwan atau manusia atau mungkin tulang Orang Asli dulu-dulu yang diletakkan di situ.

“Dari segi bentuk fizikal, tulang itu seperti sudah lama dan bukannya tulang baharu,” katanya.

MOHD. FAIRIZ ZABIDI
MOHD. FAIRIZ ZABIDI 

Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pintu Padang, Mohd. Fairis Zabidi berkata, lokasi penemuan tulang itu terletak jauh ke dalam di belakang Gua Kandu dan jarang dilalui penduduk.

Katanya, dia hanya dimaklumkan mengenai penemuan itu pada pukul 3 petang.

“Selepas operasi ditangguhkan oleh pasukan keselamatan, penduduk kampung masih menjalankan operasi pencarian namun dalam kumpulan kecil dengan dibantu sukarelawan luar,” katanya. - UTUSAN ONLINE