Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Selangor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 9 malam.

“Pihak kami segera mengarahkan tiga buah jentera dan 21 anggota ke lokasi kejadian. Jentera terlibat daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja dan BBP Andalas.

“Setiba di lokasi, kelihatan api sedang marak,” katanya.

“Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran dan dikawal pada pukul 11.19 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE