Rapid terbakar: kenyataan Petronas

Petronas dalam satu kenyataan pagi ini memberitahu, kebakaran berjaya dipadamkam dalam tempoh kira-kira 30 minit oleh anggota Bomba ERT PETRONAS RAPID.

"Keadaan terkawal dan semua agensi dan pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkara ini. Perkembangan siasatan mengenai punca kejadian akan dimaklumkan," demikian menuŕut kenyataan tersebut.

Dalam kejadian itu berlaku satu letupan disusuli kebakaran di satu lot tapak berkenaan yang mengakibatkan dua cedera dan kini dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID.

Rakaman video kejadian tersebut menjadi tular dan dikatakan letupan itu menyebabkan gegaran hingga ke kawasan Pasir Gudang. - UTUSAN ONLINE