Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rosli Wan Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.24 petang.

Beliau berkata, pemandu lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir setelah tersepit di tempat duduknya.

“Dua lagi mangsa cedera iaitu seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak dan mereka dihantar oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan.

“Anggota bomba telah mengeluarkan mangsa yang maut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE