Mangsa Ismail Seman, 64, berkata, kejadian sekitar pukul 9 pagi itu berlaku ketika dia mahu mengikat tangki pam yang lebih dikenali dengan panggilan pam ‘bewok’ dalam kalangan penduduk setempat menggunakan tali getah daripada bergerak.

Ismail berkata, pam itu digunakan untuk menyedut air bagi mengairi petak sawah miliknya yang sedang kering ketika ini.

Ujarnya, ketika sedang melakukan proses itu tali getah yang digunakan untuk mengikat tangki pam tersebut telah tersangkut.

“Akibatnya tiga jari iaitu kelingking, manis dan tengah telah cedera ‘digilis’ pam berkenaan. Mujurlah ketika itu saya tidak panik.

“Sejurus selepas itu saya terus bertindak pantas menutup suis pam berkenaan dan menjerit meminta bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

ISMAIL (kanan) hampir hilang tiga jari kanan akibat digilis pam bewok dalam kejadian di Kampung Kola
ISMAIL (kanan) hampir hilang tiga jari kanan akibat digilis pam bewok dalam kejadian di Kampung Kola 

Ismail memberitahu, jeritan itu didengari anaknya Mohd. Azmi, 31, yang ketika itu berada tidak jauh daripada lokasi kejadian.

Katanya, selepas itu Mohd Azmi terus membawa dia ke Klinik Meranti untuk mendapatkan rawatan. - UTUSAN ONLINE