Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa Akau Pilang, 46, dari Kanowit dekat sini maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Memetik laporan Portal Utusan Borneo, ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang telah mengesahkan mengenai kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memunggah kayu balak dari sebuah tongkang untuk diproses di kilang terbabit.

“Bagaimanapun, ketika operasi memunggah sedang dijalankan, secara tiba-tiba sebatang kayu yang sedang diangkatnya menggelongsor jatuh terus ke arah tempat duduk mangsa yang sedang memandu kren terbabit,” katanya di sini hari ini.

Tambah Awang Arfian, berikutan kejadian itu, mangsa tidak sempat melarikan diri dan menyebabkan dia dihempap kayu balak terbabit.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei dekat sini dan satu laporan polis dibuat oleh keluarganya berhubung kejadian di di Balai Polis Jakar dekat sini.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, punca kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat daripada kabel kren itu terputus dan Kes dikategorikan sebagai kemalangan di tempat kerja,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE