Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 60 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, mangsa yang datang dari arah Bandar Baru menghala Jalan Wawasan dipercayai telah memintas jalan dengan menggunakan jalan pejalan kaki untuk masuk ke laluan bertentangan.

Ujarnya, bagaimanapun, lori yang membawa muatan pasir yang berada di laluan yang betul dari Jalan Wawasan menuju ke Lembah Jaya dekat sini tidak nampak lalu melanggar mangsa.

“Berikutan kejadian itu, kita telah rakan percakapan pemandu lori tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori tersebut juga mendapati dia negatif dari sebarang dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE