Ketika ini pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumut untuk mengawal keadaan dan kebakaran dipercayai sudah memusnahkan 1.2 hektar kawasan kilang tersebut.

Buat masa ini juga, tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut berhubung kebimbangan mengenai pencemaran udara akibat kebakaran bahan kimia tersebut.

Jurucakap bomba dan penyelamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 malam dengan sejumlah besar anggota serta pegawai dari lima buah balai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan usaha memadamkan kebakaran sedang giat dilakukan pihak bomba.

“Kebakaran itu telah mengakibatkan kira-kira 1.2 hektar,” katanya dalam kenyataan ringkas sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE