Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.49 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, didapati sebuah kereta Honda City telah terhumban ke dalam sungai namun pemandunya yang berusia 22 tahun telah keluar sendiri sebelum jentera bomba tiba dan hanya cedera ringan.

“Pasukan bomba membantu menaikkan kenderaan dari dalam sungai dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE