Memetik laporan Berita Harian, kawasan taman negara itu disahkan selamat sepenuhnya kira-kira pukul 6.40 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit ketika dihubungi Berita Harian berkata, pihaknya berjaya memadamkan bara pada pokok tumbang dan api di dalam tanah gambut yang dikhuatiri boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Api dipadamkan sepenuhnya di kawasan taman negara itu selepas operasi pemadaman dilakukan selama tujuh hari,” katanya.

Tambah Mohamad, sepanjang operasi berkenaan, pihaknya melakukan semburan air di bahagian tengah lokasi terbakar kerana cara itu mampu memadamkan sepenuhnya bara api di dalam tanah.

“Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi mengesan kemungkinan kebakaran baharu tercetus di kawasan itu berikutan cuaca panas berpanjangan yang melanda Bintulu ketika ini,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai operasi pemadaman kebakaran di Negara Similajau Taman sejak berlaku akhir bulan lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengerahkan anggotanya, termasuk Unit Udara, bagi memadamkan api.

Dalam operasi itu, Jabatan Bomba turut mengerahkan Unit Udara untuk membantu melakukan pemadaman.

Bagaimanapun, usaha itu berdepan kesulitan berikutan kebakaran di kawasan seluas kira-kira 2.5 hektar itu membabitkan tanah gambut.-UTUSAN ONLINE