Pejabat Komunikasi Strategik Markas Pemerintah Armada Barat Pangkalan TLDM di sini dalam kenyataannnya berkata, kanak-kanak itu Nur Maizatul Alya Abdullah merupakan anak kepada seorang anggota TLDM yang sedang mengikuti kursus di KD Pelandok.

Menurutnya, dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, terdapat saksi terdengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian balkoni rumahnya di tingkat tiga dan ternampak seorang kanak-kanak tertiarap di lantai kaki lima bangunan kediaman tersebut.

“Saksi kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke wad kecemasan Hospital Angkatan Tentera Lumut bagi rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Pertama Roslan Mohd. Yunus turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar lebih prihatin dan memantau serta mementingkan aspek keselamatan anak-anak ketika berada di rumah.

Katanya, jenazah kanak-kanak itu dijangka dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Bandar Jengka, Pahang. - UTUSAN ONLINE