Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lori treler terbabit dikatakan mahu mengelak sebuah lori tidak dikenal pasti identitinya yang menghimpit laluannya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, berikutan itu menyebabkan lori treler tersebut gagal dikawal dan melanggar pembahagi jalan di tengah susur masuk ke Tol Subang lalu terbalik.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, lori treler yang membawa beras dan bihun telah jatuh ke jalan raya sebelum terkena sebuah lagi kenderaan lain yang ketika itu turut berada di situ.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes telah disiasat di bawah Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE