Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa Aister Luang ak Braoh cedera di bahagian badan manakala seorang lagi yang tidak diketahui identiti luka di muka.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Miri, sebaik sahaja pihaknya tiba di lokasi kejadian, kedua-dua lelaki tersebut telah pun dikeluarkan oleh orang awam.


Ujarnya, kedua-dua mereka telah menerima rawatan awal daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sementara menunggu ketibaan ambulans.


“Setelah mangsa diserahkan kepada pihak ambulans dan keadaan di lokasi selamat, operasi menyelamat di tamatkan,”katanya di sini.-UTUSAN ONLINE