Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, Md. Afdlin Md. Nasir, 18, cedera parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas ketika melalui satu selekoh di Jengka 25.


Abang mangsa, Md. Ashraf, 29, berkata, adiknya itu baru sahaja mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak dalam jurusan Diploma Sains Pertanian.


“Dia sangat gembira dan kami tidak menyangka adik terlibat dalam kemalangan bersama rakannya yang dikenali sebagai Yazid, 18, di Felda Jengka 25.


“Motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mereka terbabas sebaik sahaj melalui kawasan selekoh yang gelap namun rakannya hanya cedera ringan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, adiknya dihantar ke Hospital Jengka sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut.


“Kami diberitahu adik mengalami luka dalaman termasuk pendarahan di kepala, patah bahu malah tulang rusuknya turut tercucuk bahagian paru-paru,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE