Mohd Zahiruddin Hassan, 35, berkata, disebabkan tindakan itu pihak pengurusan Gua Tempurung telah menghentikan bantuan penggunaan tapak perkhemahannya yang menjadi satu-satunya tempat bagi mereka berkongsi maklumat, solat serta istirahat setelah penat meredah hutan, sungai dan paya.

Ritual pelik
TANGKAP layar Mohd Zahiruddin Hassan mengenai ritual pelik oleh pengamal perubatan ketika mencari adiknya, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak 23 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE

“Tindakan pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab ini telah memberi kesan buruk kepada unit sukarelawan yang datang dari segenap pelosok tanah air termasuk Sabah dan Sarawak untuk turut serta dalam misi pencarian.

“Kami bagi pihak keluarga, sukarelawan serta seluruh warga Gopeng berasa kesal dengan tindakan segelintir pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam laman sosial Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Mohd Zahiruddin ketika dihubungi berkata, pencarian masih dilakukan dengan jasa baik bantuan bomba serta orang kampung.

Menurutnya, ibunya sudah bertolak pulang semalam kerana perlu melakukan rawatan.

“Bagaimanapun, petunjuk baharu masih tidak dapat diperoleh sehingga ke hari ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE