Taman tema bernilai AS$1 bilion (RM4.16 bilion) yang dipanggil "Star Wars: Galaxy's Edge," dibuka kepada pengunjung bertuah yang telah membuat tempahan tiket bagi membolehkan mereka menghabiskan masa menjelajah kawasan baharu itu selama empat jam.

Hanya mereka yang sudah membuat tempahan sahaja yang dapat melawat "Galaxy's Edge" untuk tiga minggu pertama selepas ia dibuka kepada orang awam.

"'Star Wars: Galaxy's Edge memang menakjubkan dan kami gembira dapat berkongsi dengan dunia," kata Pengerusi dan CEO Walt Disney, Bob Iger ketika majlis prapembukaan Rabu lalu. - AFP