Namun firma penstriman gergasi tersebut belum mengesahkan sama ada ia akan ditayangkan dalam bentuk drama atau filem.

12 remaja dan seorang jurulatih terperangkap dalam gua Tham Luang di utara negara ini pada 23 Jun tahun lalu selepas selesai menjalani latihan bola sepak.

“Ada kisah yang mengagumkan dan kisah yang luar biasa ini tidak terkecuali. Kami akan cuba menceritakan perkara yang sebenar terjadi dengan sebaik mungkin,” kata pengarah khas untuk Netflix, Erika North dalam satu majlis yang dihadiri oleh penerbit Crazy Rich Asian, SK Global serta pasukan Wild Boars dan jurulatih mereka. - AFP