Namun, bagi The Little Mermaid versi lakonan semula ‘live-action’, penyanyi berkulit hitam, Halle Bailey dipilih untuk menerajui watak Ariel.

Pemilihan itu pastinya dilihat unik kerana menampilkan ciri-ciri yang berbeza, bagaimanapun ia menimbulkan kontroversi dalam kalangan wargamaya di mana segelintirnya menganggap Halle bukan pilihan tepat untuk membawa watak tersebut.

Pandangan itu sekali gus menimbulkan kemarahan warga maya yang rata-rata menyindir dengan memuatnaik ‘meme’ dan kapsyen: ‘White people after finding out Ariel is black’ (Orang berkulit putih apabila mengetahui Ariel berkulit hitam).

Kebanyakan ‘meme’ itu menunjukkan budak menangis, wanita menghentak kerusi dan lelaki yang ketawa mengejek.

Ironinya, Amerika Syarikat (AS) yang selama ini menguar-uarkan sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi dan toleransi antara ‘kulit hitam’ dan ‘putih’ masih menimbulkan kontroversi sebegitu.

Walau bagaimanapun, hampir semua warga maya berpendapat Halle dikatakan tetap sesuai dan cantik sebagai Ariel. - UTUSAN ONLINE