Menurut CJ Entertainment, mereka akan bekerjasama dengan Universal Pictures untuk menayangkan semula filem berkenaan di pasaran Hollywood.

HartBeat Productions yang diasaskan oleh pelakon komedi, Kevin Hart turut akan bekerjasama dalam projek tersebut.

“Hart sedang mempertimbangkan untuk berlakon dalam filem itu, tetapi belum disahkan lagi,” kata CJ Entertainment.

Extreme Job, yang diarahkan oleh Lee Byoung-heon mengisahkan tentang sekumpulan polis antidadah yang membuka restoran ayam goreng untuk mengintip rangkaian dadah terancang.

Filem terbabit mengutip hasil jualan tiket sebanyak AS$120.8 juta (RM499.6 juta) sejak ditayangkan pada Januari lalu. - BERNAMA