Menurut laporan akhbar The Sun, sumber berkata, Sheeran telah berkahwin beberapa hari sebelum Krismas.

Katanya, hanya sekitar 40 orang berada dalam majlis perkahwinan di Suffolk.

“Ia sangat senyap (perkahwinan), hanya kawan sekolah lamanya, keluarga terdekat dan paderi.

“Beliau tidak mahu memperbesarkannya dan hanya mahu sesuatu untuk mereka sahaja, perkahwinan musim sejuk kecil,” katanya.

Artis berusia 28 tahun itu telah mengenali isterinya sejak zaman kanak-kanak di Suffolk, timur England.

Dilaporkan mereka mula bercinta sejak 2015. - AFP