AP melaporkan, pemegang rekod sebelum ini adalah filem Star Wars: The Force Awakens yang memperoleh AS$57 juta dari tayangan perdana pada 2015.

Walt Disney Co. memaklumkan, di peringkat antarabangsa, setakat semalam, Avengers: Endgame mencatat kutipan AS$305 juta dengan lebih separuh daripada kutipan itu datang dari China.