Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kehilangan Toyota Vellfire berwarna hitam itu disedari pemandu kenderaan terbabit berusia 31 tahun.

Difahamkan, kenderaan itu baru sahaja selesai menyelenggara di Jinjang, Kuala Lumpur untuk ke Negeri Sembilan.

Berikutan itu, pemandu tersebut dikatakan singgah makan di restoran berkenaan sebelum menyedari kenderaan itu dicuri.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat pemandu terbabit.

Ujarnya, beberapa barangan dilaporkan hilang antaranya iaitu kad kuasa, dompet dan dokumen peribadi mangsa.


“Siasatan diteruskan dan usaha mengesan kenderaan terbabit masih giat dijalankan,” katanya.-UTUSAN ONLINE