Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, usaha mencari kanak-kanak terbabit masih berjalan termasuk mengambil keterangan pihak keluarga.

“Kita masih jalankan siasatan mengenai kehilangan kanak-kanak ini jadi segala dakwaan yang keluar pasti kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak semalam terdapat dakwaan mengatakan Muhammad Zahiruddin atau dipanggil Zahir dilihat berada di sekitar Bandar Baru Bangi.

Sebelum itu, satu laporan polis dibuat bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra kira-kira pukul 12.45 malam Isnin lalu.

Zahir dipercayai keluar dari rumahnya melalui pintu hadapan dengan membuka kunci sendiri sebelum mencampakkannya semula ke dalam rumah.

Kali terakhir bapa mangsa melihatnya adalah sekitar pukul 6 petang ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain di taman permainan dalam keadaan hujan.-UTUSAN ONLINE