Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.18 pagi dan sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah, BBP Sentul dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian dan kita mendapati rumah kedai dua tingkat itu hampir musnah terbakar.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat mangsa iaitu lelaki berusia lingkungan 70-an ditemukan dalam keadaan rentung di tingkat satu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.48 pagi dan punca masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE