Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an dan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Azmir Abd Razak berkata, siasatan awal polis mendapati kereta api tersebut bertolak dari Stesen Beaufort kira-kira pukul 5.02 pagi menuju ke Tanjung Aru dengan kelajuan 35 kilometer sejam.


Menurutnya, sampai di tempat kejadian, pemandu kereta api ternampak satu objek melintang di landasan kereta api dan menyangkakan objek tersebut adalah sampah kerana keadaan ketika itu gelap.


“Dalam jarak 20 meter pemandu nampak jelas bahawa objek tersebut adalah manusia lalu menggunakan brek kecemasan menyebabkan kereta api terseret dan menggilis mangsa yang mengalami cedera parah di kepala.

“Hasil siasatan lanjut,pemandu kereta api berkenaan mempunyai 11 tahun pengalaman sebagai pemandu lokomotif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Azmir, mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.-BERNAMA