Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasa kira-kira pukul 11.56 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati gudang kelas B itu telah 80 peratus terbakar.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE