Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Phira Brewin, 18, yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu.

“Motosikal ditunggang lelaki berusia 18 tahun bersama mangsa dipercayai dari arah Kuching menuju ke Serian sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan.

“Selepas melanggar besi penghadang jalan, motosikal tersebut terbabas sehingga mangsa tercampak serta terkena besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan polis hari ini.

Menueut Alexson, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak akibat cedera parah di kepala.

Tambahnya, penunggang motosikal cedera pada bahagian kaki kiri dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE