Seiring dengan kedatangan bulan mulia itu, Hotel Royale Chulan Seremban di sini menawarkan hidangan menyelerakan untuk berbuka puasa pada harga berpatutan.

Menurut Pengurus Komunikasi dan Pemasaran hotel itu, Sofiah Baharuddin, setiap tahun pihaknya mendapat permintaan daripada pelanggan melibatkan keluarga dan juga pelbagai agensi kerajaan dan korporat.

SUP tulang yang memikat selera pelanggan di Hotel Royale Chulan Seremban
SUP tulang yang memikat selera pelanggan di Hotel Royale Chulan Seremban. -  UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

“Pada tahun ini kami menyediakan hidangan dengan tema ‘Aroma Asiatique’ yang disediakan oleh pasukan kulinari diketuai Cef Rahim Awang.

“Kami menyajikan pelbagai pilihan makanan tradisi Melayu yang pasti dapat memenuhi selera selepas seharian berpuasa,” katanya di sini baru-baru ini.

Sofiah berkata, antara hidangan menarik kali ini ialah kambing golek, ayam goreng kampung, bubur lambuk, apam balik dan pelbagai pilihan nasi briyani, mi, ulam-ulaman, kuih muih tradisional dan buah-buahan.

“Bubur lambuk berempah yang disediakan pasti memikat selera, begitu juga apam balik. Kambing golek ala Arab, sate, sosej dan makanan laut pula akan disediakan berdekatan kolam renang di restoran Asiatique,” katanya.

KUIH-MUIH untuk bufet berbuka puasa yang disajikan di Hotel Royale Chulan Seremban
KUIH-MUIH untuk bufet berbuka puasa yang disajikan di Hotel Royale Chulan Seremban. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

Menurutnya, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan ghazal, Al-Sufi sepanjang berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan sekerja.

Katanya, bagi golongan dewasa harga pakej berbuka puasa ialah RM120 manakala RM60 bagi kanak-kanak yang bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun.

Ujarnya, sepanjang Ramadan, hotel itu turut menawarkan bilik pada harga istimewa iaitu RM220 termasuk sahur untuk dua orang dari 5 Mei hingga 3 Jun.

Katanya, tawaran bilik pada harga menarik itu hanya dibuka kepada pelanggan yang menempah pakej berbuka puasa.

Untuk tempahan berbuka puasa boleh hubungi talian 06-7666666 sambungan 6120/6103 atau e-mel [email protected] - UTUSAN ONLINE

 

Video oleh Azrul Edham Mohd. Aminuddin