Corak dan motif tudung yang unik serta menarik ini mampu menaikkan seri wajah si pemakai terutama untuk digayakan menjelang Aidiladha ini.

Apabila wajah berseri maka keyakinan diri juga meningkat dan penampilan turut memikat mereka yang melihat.

The Ciks Batik sesuai digayakan dengan pakaian polos.
THE Ciks Batik sesuai digayakan dengan pakaian polos. 

Pengasas The Ciks, Aida Azwana Sabidi berkata, bagi memastikan pemakai tampil menarik dan elegan pihaknya memastikan material yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan eksklusif.

Oleh itu setiap koleksi The Ciks menggunakan material campuran satin dan sutera berkualiti tinggi yang mempunyai ciri kelembutan dan sangat mudah digayakan untuk ke majlis rasmi dan ke pejabat.

Katanya, setiap koleksi direka khas oleh pereka grafik dan mempunyai tema yang tersendiri. Selain itu, tudung The Ciks dijahit dengan jahitan eyelash bagi menampakkan eksklusif dan didatangkan dengan kotak khas bagi setiap koleksi.

``Setiap koleksi tudung The Ciks didatangi dengan dua saiz iaitu 114 sentimeter bagi tudung jenis bawal dan untuk tudung jenis selendang, saiz tudungnya adalah 180 x 70 sentimeter,’’ katanya yang telah bergiat dalam industri tudung sejak tiga tahun lalu.

Koleksi The Ciks Batik didatangkan dengan dua rekaan dengan dua tona warna yang berlainan bagi menampakkan keunikan rekaan tersebut.

“Untuk The Ciks Batik, warna yang lebih fresh serta kombinasi warna-warna yang lebih ceria digunakan untuk menaikkan seri pemakai. Sesuai dipadankan dengan pakaian polos yang menjadi trend sekarang,’’ ujarnya.

Selain itu koleksi The Ciks Batik didatangkan dengan empat corak yang berlainan dan lapan warna yang menarik iaitu tona warna pastel yang mudah disesuaikan dengan semua tona warna muka.

The Ciks turut menampilkan koleksi eksklusif lain seperti The Ciks Diamond dan The Ciks Medite­rranean yang kesemua­nya didatang­kan dengan jumlah yang terhad.

Tudung-tudung The Ciks boleh didapati secara dalam talian di www.theciks.com, Instagram @the_ciks atau vendor The Ciks iaitu Modvier di Bangsar.