Namun segalanya berubah apabila isterinya mengalami sakit perut sebaik tiba di restoran menyebabkan mereka berpatah balik ke Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di sini.

 Tanpa disangka, Mohd. Nasir Abu Bakar, 38, akhirnya menerima hadiah hari lahir yang paling bermakna apabila isterinya Siti Salwa Mohd. Khalid, 38, bersalin anak kedua mereka pukul 10.10 pagi ini.

 "Memang tak sangka saya akan berkongsi tarikh lahir dengan anak kedua saya hari ini kerana isteri hanya dijangka bersalin pada 29 September ini.

 "Tapi disebabkan dia mengalami sakit perut, saya membawanya ke sini dan selamat bersalin pagi ini. Inilah hadiah hari lahir paling istimewa untuk saya pada Hari Kebangsaan ke-61," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

 Seorang lagi bayi merdeka di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dilahirkan secara pembedahan pukul 9.31 pagi ini oleh Siti Nor Aisyah Idrus, 32. - UTUSAN ONLINE