Meskipun kedua-duanya mampu merakam gambar potret namun terdapat perbezaan antara penggunaan DSLR serta kamera telefon pintar. Hakikatnya, DSLR lebih banyak kelebihan biarpun teknologi pemprosesan tentang saiz dan kualiti pixel boleh menyamai DSLR tetapi dari segi teknologi perincian fokus tidak terdapat dalam kamera telefon pintar.

FOTOGRAFI potret Nina Iskandar
FOTOGRAFI potret Nina Iskandar.

Kamera DSLR mempunyai perincian memfokus yang dinamakan AI Servo. AI Servo (Artificial Intelligence Servo Automatic Focusing) merupakan salah satu unit dalam prosesan fokus melalui kanta pelihat (viewfinder) yang mana AI Servo ini digunakan untuk merakam subjek yang bergerak secara automatik. Kebiasaannya dikhususkan untuk penggunaan rakaman fotografi sukan tetapi boleh juga digunakan ketika merakamkan potret fotografi.

Kegunaan AI Servo dalam potret fotografi banyak kelebihan berbanding menggunakan One Shot Focusing (OSF) kerana dapat merakamkan secara berturutan pergerakan subjek (model) tanpa perlu mengulangi titik fokus yang sama pada subjek.

Sebagai contoh jika jurufoto menggunakan OSF, ia memerlukan pengulangan berulang untuk menetapkan titik fokus asal berbanding pencarian secara automatik ketika menggunakan AI Servo. Jurufoto boleh menetapkan sendiri kawasan fokus (focusing area) yang tertera pada kanta pelihat jika menggunakannya.

Kawasan titik fokus ini ber­gan­tung kepada teknologi terkini sesebuah DSLR. Ada yang didatangkan bermula daripada lima titik sehingga boleh mencapai ke 80 unit titik fokus. Jika ingin menjimatkan masa dan kepantasan merakam subjek, boleh cuba teknik fokus AI ini.

Untuk kali ini penulis kong­sikan contoh hasil potret bidikan jurufoto Kumpulan Utusan dalam tugasan merakamkan potret personaliti dan individu yang kebanyakannya menggunakan teknik fokus AI bagi menda­patkan syot rakaman gaya bahasa badan (body language) tepat dan menarik. Selamat mencuba.