Bagaimanapun menurut pengasas Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib kuasa pemasaran dalam talian (online) telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa cita rasa antarabangsa stik Wadihana.

“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat berniaga tetapi Wadihana meskipun berada di tempat baharu masih berjaya menarik pengunjung dan menjadi semakin dikenali dengan hanya menggu­nakan pemasaran dalam talian.

LOBSTER kombo.
LOBSTER kombo.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan yang membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan di sini,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik di restorannya adalah hasil daripada ramuannya sendiri. Tujuannya bukan hanya untuk memastikan kuah yang dihasilkan sedap, malah bagi June, dia sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih lapan jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk yang diimport kerana khuatir dari segi halalnya,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, dia membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel lima bintang sesuai dengan standard stik antarabangsa di restorannya selain membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin meng­adakan majlis atau mesyua­rat yang boleh memu­atkan sehingga 120 orang dalam satu-satu masa.

Berkongsi pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.

“Saya membantu perniagaan sebuah syarikat sebelum ini dan saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian syarikat ini tutup. Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut, Selepas itu saya memencilkan diri” ujarnya.

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata. Malah June turut memberitahu motivasi dalam perniagaan ini juga adalah datang daripada anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat dalam dunia kulinari, lalu perniagaan ini dibina untuknya.

Dalam pada itu, sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50,000 telah diberi percuma kepada pelanggan pada 5 dan 6 Julai lalu di restoran tersebut. Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbe­lanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk di makan di restoran tersebut sahaja.

INFO

Wadihana Islamic Steakhouse
Alamat: 36, Jalan Aliff Harmoni 3, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
Laman sesawang: www.wadihanaislamicsteakhouse. com.