Simbol (∞) ini terletak pada bacaan meter (m) atau kaki (ft) pada unit fokus sesebuah lensa. Tidak kira lensa zum ataupun lensa prima (prime lens). Secara teknikalnya simbol ini merupakan unit terakhir dalam sistem fokus dan penentuan jarak (distance) ketika melakukan rakaman.

Simbol ini adalah merujuk kepada jarak saujana atau dalam istilah fotografi dikenali sebagai infiniti. Jarak saujana ini kebiasaannya digunakan dalam sistem fokus manual. Jarak yang dimaksudkan adalah jarak penghabisan untuk merakam sesuatu subjek.

Umumnya penetapan jarak ini dilakukan bagi rakaman landskap, bangunan ataupun rakaman pada waktu malam. Bagi yang menggunakan sistem auto fokus jarak penghabisan ini akan berfungsi secara automatik apabila pembacaan sistem fokus sudah tidak lagi mempunyai jarak fokal (focal length) di antara kamera dan subjek.

Secara teknikalnya simbol terakhir dalam unit fokus ini banyak memberi kelebihan dari segi pemilihan untuk kegunaan bukaan cahaya (aperture) besar. Dalam hukum fotografi aperture bukaan besar bermula daripada f0.8 sehingga f3.5.

Tiada permasalahan sekiranya jurufoto menetapkan bukaan aperture besar untuk sesuatu rakaman jika unit fokus sudah sampai ke tahap simbol yang diperjelaskan oleh penulis di atas kerana dalam jarak ini depth of field tidak akan terhasil dengan penggunaan aperture besar. Penulis memberi beberapa contoh gambar untuk rujukan. Selamat mencuba.