JAWAPAN:  Sakit ketika bersama boleh dikategorikan dalam dua keadaan:

a) Superficial - sakit luaran, yang mana wanita akan merasa sakit seperti luka atau kerengsaan di kawasan pembukaan vagina.

b) Deep - sakit dalaman, ialah apabila rasa senak pada bahagian ari-ari atau belakang dan ini perlu diambil perhatian kerana sesetengah penyakit ginekologi seperti ketumbuhan pelvis, endometriosis atau jangkitan kelamin mungkin menjadi punca.

Faktor-faktor lain mungkin disebabkan oleh penyakit congenital, selaput dara yang tebal atau septum pada vagina. Kurang pelincir atau rembesan cecair atau masalah psikologi perlu dititik beratkan.

Disebabkan masalah puan sudah berlanjutan selama setahun, adalah baik sekiranya puan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan.