Paling membimbangkan adalah masalah kulit yang berjerawat, berkedut, kusam, dan jeragat mulai kelihatan apabila usia semakin meningkat.

Jika masih mencari-cari produk mana yang boleh dicuba, anda sebenarnya perlu mencari produk yang sesuai bagi kulit orang Asia.

Produk jenis ini memahami kehendak yang diperlukan untuk menangani masalah mereka terutamanya apabila melibatkan faktor cuaca yang boleh merosakkan kulit.

Memahami masalah tersebut, Embun Faiqa Enterprise mengeluarkan produk serum wajah B-glucan khas untuk wanita Malaysia yang masih lagi mencari penyelesaian bagi masalah kulit wajah mereka.

Pengasasnya, Nurfarhana Mohammad Redzuan Mohanan berkata, sebagai wanita yang bertudung dia memahami masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita pada kulit wajah mereka yang terlindung, seperti berjerawat dan mempunyai tona tidak sekata.

“Apabila mengenakan tudung, sebahagian kawasan wajah terlindung daripada pengudaraan yang baik menyebabkan kawasan tersebut mudah berpeluh.

“Ditambah pula masalah kulit yang sensitif, kawasan yang terlindung dengan fabrik tudung mula ditumbuhi jerawat selain warna kulit ‘berbelang’ kerana sebahagiannya tidak terkena cahaya matahari.

“Jika produk rambut boleh direka khas untuk mereka yang bertudung, kenapa tidak serum wajah juga boleh dicipta khusus buat golongan ini.Manfaat B-glucan yang biasanya terdapat di dalam yis, oat, dan cendawan yang mempunyai keupayaan untuk memperbaiki sel kulit serta menggalakkan penyembuhan luka serta merangsang pengeluaran kolagen,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, serum wajah B-glucan juga mengandungi bahan-bahan semula jadi lain seperti timun yang kaya dengan vitamin E dan potasium yang berupaya untuk menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, serta memperbaiki tona kulit agar tampil lebih sekata.

Menggunakan madu jenis Peg Beeswax, kandungan tersebut juga memberikan satu lapisan perlindungan bagi kulit daripada sebarang jenis jangkitan serta mampu merawat kesan melecet yang kecil di kawasan muka yang terjejas.

Tambahnya, produk tersebut turut diformulakan dengan kandungan zaitun yang berfungsi sebagai agen antipenuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit, sekali gus berperanan menaikkan seri wajah dan memelihara kehalusan kulit, selain khasiat buah lemon yang mengandungi asid sitrik yang sangat berkesan dalam merawat jerawat yang mengganggu penampilan wanita berhijab.

“Hanya titiskan pada jari dan oleskan pada bahagian dahi, pipi, zon T, dagu dan leher lalu ratakan di seluruh muka, pengguna boleh melihat kesan dalam tempoh dua minggu sahaja apabila kulit mulai lembap dan sekata dan seterusnya kulit bebas daripada jerawat dan jeragat semakin pudar.

“Pengguna disyorkan untuk mengamalkan pengambilan air putih dengan kuantiti yang banyak serta mengurangkan pengambilan kafein serta menjaga diet pemakanan mereka untuk kesan yang lebih efektif dan cepat,” katanya yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan harga RM140 di Semenanjung Malaysia dan RM150 di Sabah dan Sarawak, produk tersebut boleh dibeli terus melalui stokis yang sah dan melayari laman Facebook, Embun Faiqa HQ atau menghubungi talian 017-8484688 untuk pembelian secara online.

Menurutnya, pihaknya juga masih mencari stokis di bawah program latihan mentorship untuk melahirkan usahawan baharu melalui latihan pemasaran perniagaan secara offline dan online dengan pelbagai faedah yang ditawarkan.

Telah menembusi pasaran Brunei, Indonesia, dan Singapura, dia berharap agar produk penjagaan wajah yang diperkenalkan mendapat sambutan yang menggalakkan wanita pelbagai peringkat usia.