Bagi mereka yang ingin meneroka hidangan Asia Tenggara yang asli dengan harga berpatutan, restoran Gajah Mada ada jawapannya. Menampilkan gabungan hidangan Thai, Indonesia, Malaysia dan Vietnam selain mengambil ilham pemerintah terkemuka Gajah Mada iaitu Empayar Majapahit . Sememangnya restoran ini terdapat keistimewaannya.

Menurut ketua tukang masak, Chef Pak Isan Santibi, Gajah Mada meneruskan warisannya dengan menawarkan interpretasi juadah Asia Tenggara yang digemari ramai di samping mengekalkan keaslian hidangan.

“Selepas pembukaan restoran The Majapahit, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Gajah Mada kepada rakyat Malaysia. Sama seperti ‘abangnya’, menu Gajah Mada juga menampilkan masakan Asia Tenggara tetapi dengan bahan-bahan baharu seperti mi, minuman istimewa dan pencuci mulut yang wajib dicuba. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati suasana restoran bertemakan tropikal yang membawa pengunjung kembali ke zaman kegemilangan kerajaan Majapahit. Tetapi yang paling penting, kami mempersembahkan sebuah santapan ala diraja pada harga yang berpatutan,” katanya.

Mulakan pengembaraan gastronomi anda dengan menu identiti Gajah Mada, menampilkan kombo dari juadah Asia Tenggara yang digemari sepanjang zaman. Chef Pak Isan Santibi mengesyorkan Bandung Style Green Chilli Chicken Plate, sajian Bandung pedas menyele­rakan yang merupakan ayam digaul bersama sambal hijau manis dan masam disajikan dengan nasi kukus wangi, cucur jagung air tangannya sendiri dan tempe tapai kering. Selain itu, Green and Red Curry Plates serta Vietnamese Chicken Chop with Fried Rice; ayam dipanggang berencah cuka, serai dan bawang putih dihidang bersama nasi gaya Vietnam diharumkan dengan pes udang, turut menjadi kegemaran peribadi Chef Pak Isan Santibi.

Mulakan santapan anda dengan pembuka selera yang terdiri daripada Indonesian Corn Fritters goreng disajikan dengan Pudina Sauce buatan sendiri. Tidak lupa juga Jakarta Fruit Salad, campuran buah-buahan dan sayur-sayuran diadun dalam molasses pedas buatan sendiri (seperti sos pes udang) dengan kacang panggang hancur. Cukup menyelerakan.

Bagi pengunjung vegetarian pula, cuba nikmati flash fried tempeh diperbuat daripada kacang soya tapai yang digoreng tepung, dicelup dengan sos pekat kacang buatan sendiri

Kaya dengan pilihan, Gajah Mada turut memperkenalkan barisan juadah mi seperti Pad Thai, makanan jalanan Thai. Hadir dengan pilihan ayam atau makanan laut, hidangan ini disajikan bersama telur, kacang dan protein pilihan anda. Manakala buat pencinta masakan pedas pula, Spicy Chicken Noodle menawarkan mi kuning dengan tekstur yang enak, ditumis dengan dengan pes cili, sayur-sayuran dan rempah ratus, disempurnakan dengan kulit ayam goreng.

Apa yang anda tunggu lagi? Ayuh mulakan pengembaraan gastronomi Asia Tenggara anda dengan Gajah Mada hari ini. Inilah tempatnya untuk merasai pengalaman Asia Tenggara yang sebenar.