Pegawai Eksekutif Perniagaan Wyeth Nutrition, Malaysia, Singapura, Brunei, Dr. Mohamed Shaarawy berkata, peringkat awal tumbesaran kanak-kanak sangat penting kerana inilah tempoh paling aktif dalam pembentukan hubungan otak.

Hubungan otak membantu pemindahan isyarat dalam otak di samping memainkan peranan penting dalam fungsi keseluruhan otak terutama bagi menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup si kecil.

Menurutnya, berbekalkan nutrisi yang baik, hubungan otak dapat disokong sejak peringkat awal tumbesaran.

Rumusan yang diperbaharui ini mengandungi lipids™, dihasilkan melalui proses yang dipatenkan bagi mengekalkan fosfolipid termasuk sphingomyelin pada paras lebih tinggi.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa fosfolipid termasuk sphingomyelin merupakan komponen penting dalam otak yang membolehkan ia berhubung.

Sphingomyelin memainkan peranan penting dalam proses perkembangan otak yang dikenali sebagai pemielinan (myelination). Pemielinan penting dalam pembentukan hubungan otak yang pantas dan efisien yang terbukti kaitannya dengan perkembangan kognitif seperti pertuturan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan pengenalan.

“Inovasi kami berasaskan kajian saintifik terkini serta kepakaran selama satu abad dalam menerajui sains pemakanan kanak-kanak. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kecemerlangan masing-masing.

“Justeru, kami berusaha melangkaui batas sains untuk menghasilkan formula saintifik terkini dengan menyokong ibu bapa di Malaysia.

“Kami akan membantu ibu bapa dalam memberikan nutrisi yang terbaik untuk manfaat tumbesaran si kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran S-26 GOLD PROGRESS dengan lipids™ dan S-26 GOLD PROMISE dengan lipids™ di Kuala Lumpur.

Yang turut hadir Pengurus Pemasaran Perubatan, Sharell Yeoh. Dalam dunia hari ini yang penuh dengan perkara dan pengalaman baharu, kemampuan kanak-kanak untuk sentiasa mempelajari sesuatu membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya.

Nutrisi yang betul bukan sahaja dapat menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup, malah menukar pengetahuan menjadi idea menakjubkan yang memberikan inspirasi serta membuka kemungkinan baharu untuk menjadi cemerlang.

Sementara itu Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Khoo Phaik Choo berkata, selain nutrisi, rangsangan yang diterima kanak-kanak pada peringkat awal kehidupan mempunyai impak besar terhadap tumbesaran dan perkembangan mereka.

“Rangsangan termasuk pengalaman serta input dari persekitaran mereka penting untuk perkembangan otak yang sihat.

Input deria, bahasa, emosi dan sosial pada peringkat awal kehidupan mengukuhkan asas pembelajaran seumur hidup serta kesihatan si kecil,” tambahnya.

Selain itu, jagaan ibu bapa yang baik merupakan satu lagi faktor penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia serta bapa kepada empat cahaya mata turut berkongsi pandangannya berkaitan asuhan anak-anak.