menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu bagaimanapun masih belum dibentangkan ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diluluskan sebagai suatu undang-undang.

“Pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju dengan cadangan kerajaan Persekutuan untuk menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.

“Saya harap kalau kita sempat, kita akan masukkan (perkara ini) dalam sidang DUN akan datang iaitu pada Julai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Buku Panduan Keselamatan dan Perlindungan Diri Kanak-Kanak yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kes penderaan fizikal, emosi, seksual serta pengabaian ibu bapa di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing.

Ahmad Faizal berkata demikian selepas ditanya sama ada kerajaan negeri telah memutuskan untuk menaikkan had umur minimum bagi perkahwinan umat Islam di negeri ini. - UTUSAN ONLINE