Ceritanya bermula apabila doktor yang merawat anak mereka menyarankan agar menghentikan tabiat makan gula-gula yang menjadi antara punca anak kecil itu jatuh sakit dan kerap batuk sehingga satu peringkat nafasnya berbunyi seperti terkena asma.

“Anak saya suka makan gula-gula, sebungkus boleh habis sehari. Saya mula terfikir untuk mencari makanan tambahan dengan harapan dapat menguatkan ketahanan badannya.

“Malangnya, semua makanan tambahan yang ada di pasaran sama ada berbentuk cecair mahupun tablet tidak disukai kanak-kanak kerana rasanya yang kurang enak.

“Saya rasa ibu bapa lain turut mengalami dilema yang sama. Dari situ, saya terfikir, kalau anak suka gula-gula kenapa saya tidak buat gula-gula yang berkhasiat dan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka,” kata Ariff kepada Utusan Malaysia.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu mula mencari maklumat di Internet dan bahan bacaan selain bertanya rakan-rakan lebih berpengalaman.

Tumpuan Ariff ke arah makanan sunah yang terbukti mempunyai khasiat tersendiri.

“Saya guna madu, safron, kismis, gum Arab dan delima yang digabungkan dalam bentuk pastil. Asalnya hanya buat untuk anak saya. Alhamdulillah selepas mengamalkannya beberapa bulan, daya tahan tubuh anak saya semakin baik dan sudah jarang jatuh sakit.

“Paling tidak disangka apabila daya ingatannya semakin bagus sehingga boleh hafal doa naik kenderaan dan membaca surah al-Fatihah walaupun masih pelat. Waktu itu saya terkejut dengan keupaya­annya kerana dia baru berusia dua tahun,” katanya yang mengakui mengambil masa agak lama untuk mendapatkan formula pastil terbaik.

Melihat perkem­bangan itu, Ariff terfikir untuk membantu ibu bapa yang berdepan masalah anak-anak cerewet memilih makanan.

Dia cuba mengkomersialkan formula makanan tambahan berbentuk pastil untuk kanak-kanak dengan menamakannya Al Fateh Junior kira-kira tiga tahun lalu.

Awalnya dia hanya berkongsi produk tersebut dengan saudara-mara dan rakan terdekat. Daripada mereka, banyak maklum balas diterima. “Ada yang kata anak mereka sudah kurang demam, lebih mudah bangun pagi, selera makan bertambah, yang dulu tak suka makan nasi kini sudah mula makan dan sebagainya.

“Tidak hairan kalau ada yang berkata begitu kerana bahan-bahan utama yang saya gunakan membantu menguatkan daya tahan badan seperti madu dan safron manakala delima baik untuk kulit serta tulang sementara kismis terkenal untuk menguatkan ingatan.

“Kami yakin dan percaya makanan sunah ini mempunyai khasiat terbaik yang alim-ulama dahulu turut mengamalkannya. Malah buah tin, zaitun dan madu sendiri banyak kali disebut dalam al-Quran. Jadi, siapa kita sebagai manusia untuk menidakkannya,” katanya.

Kata Ariff, apa jua makanan tambahan, untuk lebih berkesan perlu istiqamah dalam pengambilannya.

“Tak bolehlah makan hari ini, esok terus sihat. Selain itu, perlu diambil secara konsisten. Misalnya setiap hari pada pagi atau malam,” katanya.

Bertepatan dengan namanya, pastil itu juga sekadar alternatif dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan dan minda selain harus dibantu dengan gaya hidup sihat, sokongan pembelajaran yang kuat oleh ibu bapa mahupun guru dan sebagainya.

Dalam pada itu, selain bebas bahan pengawet dan kimia berbahaya, pastil yang dihasilkan ini sedap dan mudah diperoleh melalui stokis dan pengedar di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Menurutnya, Al Fateh kini mempunyai 140 stokis dan 1,000 pengedar. Meskipun ada saingan, Ariff yakin produknya mempunyai kelebihan kerana mudah dikunyah dan rasa seperti gula-gula.

Pastil ini didatangkan dengan perisa epal, anggur dan strawberi berharga RM35 sebotol.

Selain itu, pastil untuk dewasa, Al Fateh Gold dengan perisa mangga kuini dijual pada harga RM45 sebotol. Ia diperkaya dengan khasiat buah zaitun, kurma, tin, luban (kemenyan Arab) dan gam Arab.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari Facebook Al Fateh Genius Founder atau Instagram alfatehgeniusofficialhq atau hubungi 019-9129869.