Bukankah kita dituntut melakukan seberapa banyak amal ibadat sepanjang berada di sana?

  • MARIAM, Kuala Terengganu.

UKE:  Tidaklah salah memuatkan aktiviti di sana. Sekurang-kurangnya anak-anak dan saudara mara dapat mengikuti perkembangan harian jemaah. Cuma janganlah sampai ketika tawaf atau sai atau apa-apa perkara yang melibatkan ibadat disiarkan dalam fb live. Tumpukanlah kepada ibadat. Bukan senang untuk datang ke Mekah tunaikan haji. Alangkah ruginya jika orang lain sibuk dengan ibadah, kita asyik main Facebook dalam masjid. Ada masanya kita gunakan WhatsApp dan Facebook dan ada masanya kita tumpukan ibadat. Bila-bila masa dan di mana sahaja kita boleh WhatsApp dan Facebook tetapi haji dan umrah hanya di tanah suci. Oleh itu jagalah kesempatan ini.

Zakat KWSP usia 55 tahun

Tidak lama lagi usia saya tepat 55 tahun dan saya layak mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Adakah wajib saya membayar zakat KWSP sebaik sahaja ia dikeluarkan atau tunggu selepas setahun yakni setelah menepati syarat cukup haul? Mohon pencerahan ustaz.

  • UJANG, Kuala Pilah.

UKE: Jelaskanlah zakatnya tanpa perlu menunggu setahun. Sekiranya perlu tunggu setahun alamatnya habislah wang KWSP itu nanti. Selesai sahaja urusan pengeluaran bayarlah zakatnya kalau sudah cukup nisab.