Oleh itu, pakar produk tepung Malaysia, Gardenia melancarkan NuMee Gardenia iaitu mi kuning segar dan berkualiti tinggi yang boleh membangkitkan selera makan sesuai dengan slogan syarikat itu ‘Sungguh Sedap.’

Menurut Pengurus Pemasaran Pembangunan Perniagaan NuMee Gardenia, Ena Suhaila Abas, mi kuning jenama itu kurang rasa dan bau alkali, tiada pewarna tambahan dan kurang berminyak.

“Warnanya tidak terlalu kuning dan melalui proses semula jadi dengan menggabungkan ramuan tepung dan garam serta reaksi kedua-dua bahan ini akhirnya menghasilkan warna semula jadi NuMee.

“Selain itu, semua orang termasuk vegetarian boleh menikmati keenakan mi ini kerana tidak mengandungi telur,” katanya semasa majlis pelancaran Noodling NuMee di The Culinary Studio, Mont Kiara baru-baru ini.

Majlis itu turut menampilkan Cef Marina Mustafa yang mengetuai sesi demonstrasi masakan berasaskan NuMee. Antara hidangan yang disediakan ialah Mi Goreng Original (OMG) NuMee, Buttermilk Salted Egg NuMee dan MeeRuku.

Dalam pada itu, NuMee merupakan mi kuning pertama di pasaran yang dipasteur dan proses itu telah membunuh bakteria serta patogen yang boleh mempercepatkan kerosakan makanan.

“Mi ini tidak perlu dibasuh kerana telah melalui proses pempasteuran dan dijamin kebersihannya. Jadi, tanpa ragu-ragu saya boleh memasukkan terus mi ini ke dalam masakan,” ujarnya.

Hidangan lain yang boleh diinovasi daripada mi kuning itu adalah NuMee Cup, Apple Crumble dengan NuMee Krup dan Mi Sira yang kesemuanya menjanjikan rasa yang mengujakan, selain membuktikan NuMee adalah produk serbaguna.

“Terdapat buku resipi berasaskan NuMee yang boleh dijadikan panduan kepada suri rumah. Buku ini memuatkan 30 resipi untuk 30 hari. Setiap tajuk diasingkan dalam kategori tertentu seperti hidangan moden, tradisional serta resipi terbaharu yang saya cipta khas.

“Ternyata mi kuning ini sangat versatil kerana bukan sahaja digunakan dalam masakan biasa, malah boleh digunakan sebagai toppings ais krim dan perencah tambahan untuk sup,” ujarnya.

Sementara itu, tidak dinafikan masih ada rakyat Malaysia bimbang akan kesihatan mereka apabila memakan mi kuning kerana sesetengah pengusaha makanan yang tidak bertang­gungjawab menggunakan asid borik untuk memastikan makanan dijual kepada pengguna tahan lebih lama dan kelihatan segar.

Sedangkan di bawah subseksyen 13(1) Akta Makanan 1983 menyatakan mana-mana orang yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang ada di dalamnya atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Oleh itu, jenama ini menolak penggunaan asid borik dalam produk tersebut dan diyakini sebagai mi kuning yang selamat untuk dimakan selain diiktiraf halal oleh Jakim.

NuMee Gardenia sudah berada di pasaran pada 15 Mei lalu dengan harga RM1.50 sebungkus. Orang ramai yang berminat serta ingin mengetahui maklumat lanjut boleh layari laman web numeegardenia.com.my.