Penggunaan epoxy decor sebagai hiasan telah bermula di negara ini sekitar lima tahun lalu, biarpun produk itu telah lama digunakan secara meluas di luar negara.

Masyarakat menerima baik epoxy decor kerana bahan yang digunakan bebas kimia dan tiada bau tidak menyenangkan seperti epoxy dahulu.

MOHAMAD AMIRUDDIN ABDULLAH
MOHAMAD AMIRUDDIN ABDULLAH 

Menyambut baik respons pengguna terhadap produk tersebut, seorang usahawan bumiputera, Mohamad Amiruddin Abdullah menubuhkan Wave Solutions (M) Sdn. Bhd., sekali gus menjadi salah satu pengedar produk epoxy decor terkemuka di negara ini.

Bertindak sebagai pengarah syarikat, anak muda yang melangkah usia 40 tahun ini mempunyai pengalaman luas dalam seni hiasan menggunakan teknik salutan epoxy decor.

Menariknya, graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang undang-undang tanah itu memilih kerjaya yang menyimpang jauh daripada kepakarannya dalam bidang hartanah yang diceburi sebelum ini.

Sama sekali tidak pernah menyesal meninggalkan sebuah kerjaya yang amat disayangi dalam bidang hartanah, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu tekad melangkah lebih jauh dalam bidang dekorasi.

Katanya, biarpun tidak memiliki ilmu yang hebat dalam bidang kimia, beliau tetap yakin untuk menceburi bidang dekorasi menggunakan teknik salutan epoxy yang dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang.

Beliau bukan sahaja mendalami ilmu dekorasi epoxy secara dalam talian, malah turut ‘berguru’ dengan syarikat pengeluar epoxy di luar dan dalam negara, selain melakukan kajian bagi menghasilkan produk bermutu.

SEORANG pekerja Wave Solutions (M) Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja memproses epoxy decor di sebuah ru
SEORANG pekerja Wave Solutions (M) Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja memproses epoxy decor di sebuah rumah.

“Semua ini telah saya lakukan demi mencapai hasrat menjadi peneraju dalam bidang epoxy decor di negara ini. Alhamdulillah, banyak permintaan diterima daripada mereka yang berminat menghias rumah serta premis menggunakan decor epoxy ini.

“Melangkah lebih jauh dalam bidang ini, Wave Solutions juga bertindak memberi latihan kepada kontraktor atau individu yang berminat untuk mendalami perniagaan dekorasi ini,” katanya kepada Mega Rona.

ANTARA corak yang dihasilkan daripada penggunaan teknik salutan epoxy decor.
ANTARA corak yang dihasilkan daripada penggunaan teknik salutan epoxy decor. 

Menurut Mohamad Amiruddin, seni hiasan epoxy decor bukan sahaja menarik dan cantik, malah produk tersebut juga mampu menampilkan pelbagai corak dan seni yang lebih elegan.

Katanya, biasanya pengguna sering menggunakan salutan epoxy decor bagi masalah berkaitan kebocoran tandas, ruang tamu, ruang dapur termasuk kabinet dapur dan kawasan luar rumah seperti balkoni dan tempat letak kereta. Antara corak yang diminati pengguna adalah flake dan mica siri.

Tambahnya, selain seni warna metalik dan 3D menjadikan lantai pengguna seakan-akan menggunakan corak batu granit dan marmar yang asli, kerja-kerja salutan epoxy decor itu lebih murah, mudah dan tidak mengotorkan kerana mozek asal tidak perlu dipecahkan semasa memasang salutan epoxy decor ini.

Jelasnya, menerusi penggunaan riser tertentu dan berdasarkan kajian yang telah dilakukan, epoxy decor mampu menjadi penebat elektrik terbaik, daya menyerap hentakan dan glossy melalui kaedah salutan betul mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Selain itu, katanya, penggunaan salutan epoxy decor mampu mengelakkan seseorang itu daripada memecahkan lantai atau dinding sekiranya produk itu menjadi pilihan hiasan, sekali gus menghindari kekotoran dan habuk akibat proses pemecahan dinding atau lantai.

Lebih menarik katanya, epoxy decor merupakan produk mampu milik dan boleh dibeli biarpun dalam kuantiti kecil, selain mampu menjadi perhiasan yang unik sekiranya dibancuh mengikut kreativiti masing-masing.

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2019 - Syarikat pengedar produk hiasan
 

“Wave Solutions merupakan one stop centre kepada produk epoxy decor di negara ini. Bukan keuntungan menjadi sasaran, sebaliknya satu kepuasan melihat anak tempatan mampu menjuarai bidang dekorasi epoxy yang penuh dengan kesenian ini.

“Bidang epoxy decor ini begitu luas untuk diterokai dan menjadi sumber pendapatan yang baik, seterusnya menguasai pasaran epoxy yang semakin berkembang di negara ini,” katanya.