Juara bagi pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dengan kerjasama syarikat Sime Darby Property Berhad itu bakal membawa pulang habuan RM30,000.

MPN dalam satu kenyataan berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu diuruskan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi MPN (Kebadar).

"Sebanyak 1.5 tan ikan pelbagai saiz dan berat untuk pertandingan itu akan dilepaskan pada 22 dan 23 Ogos nanti.

"Selain itu pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan kupon bonanza yang menawarkan motosikal Yamaha Y15 dan barangan Shimano Stella," kata kenyataan itu.

Sebagai gimik perasmian pertandingan itu, sebanyak 30 ekor ikan keli telah dilepaskan di tasik tersebut baru-baru ini.

Pelepasan ikan telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPN, Nazri A. Ghani yang juga Pengerusi Kebadar bersama Ketua Perbandaran Nilai Impian 1 & 2, Sime Darby Property Berhad, Loong Heng Han.

Tarikh tutup penyertaan pada 16 Ogos dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 012-6997966 (Wahid); 012-9748634 (Khairul); 017-3614266 (Taufiq) atau 013-7996955 (Shahrir). - UTUSAN ONLINE